Kad pengenalan dan sijil beranak Pemuda_MIC

Masyarakat India di Malaysia adalah pendatang haram dan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sijil beranak dan kad pengenalan Malaysia atau Mykad. Antara sebabnya mungkin mereka tidak berpendidikan dan tinggal jauh di ladang-ladang yang terletak jauh dari pejabat pendaftaran Malaysia. Dengan adanya pejabat baru pemuda MIC yang dirasmikan oleh presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu , ia akan menjadi pusat sehenti yang sistematik.[2] Terdapat kes masyarakat India yang mempunyai status pemastautin tetap namun tidak diberikan taraf kewarganegaraan disebabkan masalah teknikal dalam permohonan mereka.Kira-kira 40,000 masyarakat India yang masih belum memohon untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Masyarakat India yang bermasalah dalam hal ini boleh menelefon 019-3223000 atau 019-2119547 . [3]

Ada kanak-kanak India diserahkan kepada keluarga angkat oleh orang tua mereka disebabkan kemiskinan. Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan pengesahan bahawa seseorang pemohon dilahirkan di Malaysia menerusi daftar beranak dari hospital atau klinik desa. Pekerja ladang memandang remeh untuk mendaftarkan anak mereka untuk mendapat surat beranak sebaik sahaja dilahirkan. Contohnya R. Raju, isteri dan tiga anaknya yang terpaksa mendapatkan surat sokongan daripada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon kad pengenalan atau MyKad. Raju tidak mempunyai bukti kelahirannya di sini kecuali surat beranak yang tertera hanya nama bapanya dan tempat dia dilahirkan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Pemuda_MIC http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=070...